Steven Sim | |
---|---|
沈志强 | |
![]() | |
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 22 September 2024 | |
Timbalan | Ramkarpal Singh |
Didahului oleh | Chow Kon Yeow |
Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2022-2024) Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini) |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Mertajam, Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 6 Mei 2013 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 57,685 (PRU-15) 52,877 (PRU-14) 43,063 (PRU-13) |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sim Chee Keong 13 Mei 1982 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Zhen Ru Yin @ Chan Jo Rin[1] |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | stevensim |
YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Cina ringkas: 沈志强; Cina tradisional: 沈志強; pinyin: Shěn Zhìqiáng; Pe̍h-ōe-jī: Sím Chì-kiông; dilahirkan pada 13 Mei 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Di peringkat parti beliau ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022.
Pada Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), salah satu kerajaan tempatan terbesar di Malaysia.
Beliau sering menulis untuk majalah Penang Monthly (sebelumnya dikenali sebagai Penang Economic Monthly) serta menyumbang rencana pendapat ke portal berita dalam talian utama Malaysia seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Beliau telah menulis 4 buku, termasuk kritikan sosio-politik kontemporari terhadap karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa pada tahun 2021.
Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva.[2] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam yang berpusat di Pulau Pinang.
Beliau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, dan Mandarin.[3]