Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sim Kui Hian

Sim Kui Hian
沈桂贤
Sim pada tahun 2017
Timbalan Premier Sarawak III
Menyandang jawatan
4 Januari 2022
GabenorAbdul Taib Mahmud
(2022–2024)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
(sejak 2024)
PremierAbang Abdul Rahman Johari Abang Openg
Didahului olehJames Jemut Masing
Kawasan pilihan rayaBatu Kawah
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak
Menyandang jawatan
4 Januari 2022
GabenorAbdul Taib Mahmud
(2022–2024)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
(sejak 2024)
PremierAbang Abdul Rahman Johari Abang Openg
Timbalan Menteri (Kesihatan Awam dan Perumahan)Penguang Manggil
Timbalan Menteri (Kerajaan Tempatan)Michael Tiang Ming Tee
Kawasan pilihan rayaBatu Kawah
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak
Dalam jawatan
19 Januari 2017 – 18 Disember 2021
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua MenteriAbang Abdul Rahman Johari Abang Openg
Kawasan pilihan rayaBatu Kawah
Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak
Dalam jawatan
13 Mei 2016 – 11 Januari 2017
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua MenteriAdenan Satem
Kawasan pilihan rayaBatu Kawah
Presiden
Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Menyandang jawatan
9 September 2014
TimbalanRichard Riot Jaem
Didahului olehPeter Chin Fah Kui
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Batu Kawah
Menyandang jawatan
7 Mei 2016
Didahului olehChristina Chiew Wang See
(PHDAP)
Majoriti2,085 (2016)
5,393 (2021)
Maklumat peribadi
Lahir (1965-08-18) 18 Ogos 1965 (umur 59)
Sarawak, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Gabungan politik
lain
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(sejak 2018);
Kerajaan Perpaduan Malaysia
(bersekutu: sejak 2022);
Perikatan Nasional (PN)
(bersekutu : 2020–2022);
Barisan Nasional (BN)
(bersekutu: sehingga 2018)
PasanganEnn Ong
Anak2
Tempat belajarUniversiti Monash
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor

Sim Kui Hian (Cina ringkas: 沈桂贤pinyin: Shěn Guìxián; lahir 18 Ogos 1965) merupakan ahli politik Malaysia dan pakar kardiologi yang berkhidmat sebagai Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dalam pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Januari 2022, serta wakil rakyat bagi kawasan N14 Batu Kawah dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) sejak Mei 2016.

Sim merupakan timbalan premier pertama Sarawak (sebelumnya digelar timbalan ketua menteri) berketurunan Cina dalam lebih sedekad selepas George Chan Hong Nam berundur pada tahun 2011.[1][2][3] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak dari Mei 2016 hingga Januari 2017 di bawah kabinet Adenan Satem, dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dari Januari 2017 hingga Disember 2021 di bawah kabinet pertama Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Senator di Parlimen Malaysia dari April 2014 hingga April 2017.

Selain itu, beliau memegang peranan ringkas sebagai pemerhati yang memberikan pengawasan ke atas beberapa jabatan kerajaan persekutuan Malaysia yang beroperasi di wilayah itu, iaitu Jabatan Kesihatan Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.

Beliau merupakan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), yang mana beliau adalah Presiden Parti sejak September 2014.[4][5][6] Beliau juga merupakan salah seorang Naib Pengerusi gabungan GPS, di mana SUPP ialah parti komponen pengasas bersama.

Walaupun mengakui Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia, Sim adalah salah seorang penyokong yang paling lantang dan konsisten untuk lebih banyak kuasa dan hak autonomi Sarawak,[7][8][9][10][11][12][13][14][15][16] berdasarkan konteks unik pembentukan Malaysia seperti yang digariskan pada asalnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan dan cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),[17] dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

  1. ^ "Official Website of Ministry of Local Government Sarawak". mlg.sarawak.gov.my. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  2. ^ "SUPP's Dr Sim sets sights on improving Sarawak local authorities". 13 Mei 2016. Dicapai pada 13 Februari 2017.
  3. ^ "Abg Johari Unveils His New Team, Introduce 3rd Deputy CM". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.CS1 maint: unfit URL (link)
  4. ^ Pim, Lim How (7 Mei 2016). "Dr Sim wins in Batu Kawah with over 2,000 majority". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  5. ^ "All 82 newly-elected Sarawak assemblymen sworn in – Nation | The Star Online". The Star. Malaysia. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  6. ^ Cheng, Lian (26 Mei 2014). "SUPP Dr Sim now a senator". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  7. ^ Lian, Michelle (12 Disember 2015). "Re-examine (implementation of) Malaysia Agreement, Dr Sim urges federal govt". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News.
  8. ^ Tan, Wei (13 Disember 2015). "zh:沈桂贤多次国会反映 权益侵蚀砂人不快乐续为砂人请命" 沈桂贤多次国会反映 权益侵蚀砂人不快乐续为砂人请命. Seehua (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 5 Februari 2017.
  9. ^ "Pay serious attention to Sarawak!". facebook.com. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  10. ^ "SUPP wants more Sarawakians in key positions". Free Malaysia Today. 13 Jun 2016. Dicapai pada 5 Februari 2017.
  11. ^ "Don't Take Sarawak For Granted". facebook.com.
  12. ^ Tawie, Sulok (28 Oktober 2017). "Budget funds fail to slake Sarawak thirst for more autonomy". The Malay Mail.
  13. ^ Suhaimi, Nazmi (16 November 2021). "Dr Sim hopes for rightful recognition of MA63". New Sarawak Tribune. Dicapai pada 25 Mei 2022.
  14. ^ Tan, Chok Bui (21 Mei 2022). "砂處獲MA63權力最後階段 沈桂賢強調國選對砂重要". United Daily News. Dicapai pada 25 Mei 2022.
  15. ^ Chandra, Sarah Hafizah (10 September 2022). "35pct seats to Sarawak, Sabah a significant progress". New Sarawak Tribune.
  16. ^ Ten, Marilyn (11 Januari 2023). "Dr Sim: Details on Sarawak's autonomy in health to be worked out at PM level". The Borneo Post. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  17. ^ Singapore, the Governments of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Brunei, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and. Malaysia, Report of the Inter-Governmental Committee, 1962 Regarding the formation of Malaysia, 1961–1963.

Previous Page Next Page






Sim Kui Hian English Sim Kui Hian IBA Sim Kui Hian ID

Responsive image

Responsive image