Pekan Simpang Tiga | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Hilir Perak |
Mukim | Pekan Simpang Tiga |
Keluasan | N/A |
Simpang Tiga merupakan sebuah pekan kecil kira-kira 5 km dari jeti Bagan Datoh, Negeri Perak. Simpang Tiga terletak berdekatan dengan Selekoh, Rungkup, Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Simpang Tiga merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Hilir Perak.
Nama ini berasal dari keadaan jalan raya bersimpang tiga, satu ke Bagan Datoh, satu ke Hutan Melintang dan satu lagi ke Rungkup.
Ekonomi utama di sini ialah pertanian dengan tanaman pokok kelapa. Kawasan ini merupakan kawasan paya yang telah ditebusguna dengan pembinaan terusan dan kunci air / pintu air.