Sirap bandung | |
---|---|
![]() Sirap bandung | |
Nama alternatif | Bandung, air sirap bandung[1] |
Jenis | Minuman |
Tempat asal | Malaysia[2] |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara Maritim seperti Malaysia, Singapura dan Brunei |
Dicipta oleh | Muar[3]. |
Bahan utama | Susu sejat, susu pekat manis, sirap kordial ros |
Keragaman/variasi | Sirap bandung soda, sirap bandung dengan laici, sirap bandung dengan cincau, bandung tarik |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sirap bandung (Jawi: سيرڤ باندوڠ ) ialah sejenis minuman yang terdapat di Asia Tenggara Maritim di kawasan Malaysia[4][5][6], Brunei, Singapura dan Indonesia.[2] Ia merupakan minuman yang mencampurkan air sirap bersama susu. Penggunaan istilah "bandung" merujuk kepada dua benda yang dirangkaikan atau digabungkan menjadi satu dan tiada kaitan dengan nama tempat di Indonesia iaitu Bandung sama ada asal-usulnya ataupun penggunaannya.
Penggunaan sirap perisa ros ialah yang paling lazim dijumpai dan disinonimkan dengan sirap bandung memandangkan "air sirap" itu sendiri dirujuk orang Melayu kepada air berwarna merah perisa ros. Pengunaan sirap perisa lain juga boleh didapati di sesetengah tempat dan lebih diistilahkan sebagai "air bandung".[2]