Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sistem APG

Sistem taksonomi
tumbuhan
Sistem APG
Sistem APG II
Sistem Bentham & Hooker
Sistem Cronquist
Sistem Dahlgren
Sistem de Candolle
Sistem Engler
Sistem Reveal
Sistem Takhtajan
Sistem Thorne (1992)
Sistem Wettstein

Sistem APG ialah sebuah sistem taksonomi tumbuhan untuk pengelasan tumbuhan yang diterbitkan pada tahun 1998 oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma. Sistem ini agak luar biasa disebabkan ia tidak berdasarkan bukti pada keseluruhannya, tetapi berdasarkan penganalisisan kladistik untuk jujukan DNA bagi tiga gen, iaitu dua gen kloroplas, dan satu pengekodan gen untuk ribosom. Walaupun berdasarkan bukti molekul sahaja, kumpulan-kumpulan juzuknya terbukti disokong juga oleh bukti-bukti yang lain, umpamanya morfologi debunga menyokong pembahagian antara eudikot dengan dikotiledon dahulu yang lain.

Sistem ini agak penuh dengan perbalahan terhadap keputusan-keputusannya pada peringkat famili kerana ia memecahkan sebilangan famili yang sudah lama wujud, dan membenamkan sebilangan famili yang lain. Sistem in juga luar biasa dari segi bahawa ia tidak menggunakan nama botani pada aras yang lebih tinggi daripada aras susunan. Oleh itu, susunan merupakan aras tertinggi yang mempunyai nama botani yang formal dalam sistem ini. Kumpulan yang lebih tinggi daripada aras susunan ditakrifkan hanya dengan klad, iaitu dengan nama seperti monokot, eudikot, rosid, dan asterid. Sistem ini telah digantikan dengan sistem APG II pada tahun 2003.


Previous Page Next Page