Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sistem saraf pusat

Sistem saraf pusat
Rajah skematik sistem saraf pusat (kuning) bersama dengan sistem tepian (jingga)
Butiran
Limfa224
Pengenalpastian
nama bahasa LatinSystema nervosum centrale
pars centralis systematis nervosi[1]
AkronimSSP, CNS
MeSHD002490
TAA14.1.00.001
FMAFMA:55675
Terminologi anatomi

Sistem saraf pusat (SSP; central nervous system, CNS) meliputi otak dan saraf tunjang. Keduanya merupakan organ yang sangat lunak, dengan fungsi yang sangat penting maka perlu perlindungan. Selain tengkorak dan ruas-ruas tulang belakang, otak juga dilindungi 3 lapisan selaput meninges. Bila membran ini terkena jangkitan maka akan terjadi radang yang dipanggil meningitis.

Ketiga lapisan membran meninges dari luar ke dalam adalah sebagai berikut:

  1. Durameter; terdiri dari dua lapisan, yang paling luar bersatu dengan tengkorak sebagai endostium, dan lapisan lain sebagai duramater yang mudah dilepaskan dari tulang kepala. Di antara tulang kepala dengan duramater terdapat rongga epidural.
  2. Arachnoidea mater; disebut demikian kerana bentuknya seperti sarang labah-labah. Di dalamnya terdapat cecair yang disebut liquor cerebrospinalis; semacam cecair limfa yang mengisi sela sela membran araknoid. Fungsi membran arachnoidea adalah sebagai bantalan untuk melindungi otak dari bahaya kerosakan mekanik.
  3. Piameter. Lapisan terdalam yang mempunyai bentuk disesuaikan dengan lipatan-lipatan permukaan otak.

Otak dan saraf tunjang mempunyai 3 bahan penting iaitu:

  1. Badan sel yang membentuk bahagian bahan kelabu ( bahan grissea)
  2. Serabut saraf yang membentuk bahagian bahan putih ( bahan alba)
  3. Sel-sel neuroglia, iaitu rangkaian ikat yang terletak di antara sel-sel saraf di dalam sistem saraf pusat

Walaupun otak dan sumsum tulang belakang mempunyai materi sama tetapi susunannya berbeza. Pada otak, bahan kelabu terletak di bahagian luar atau kulitnya ( korteks) dan bahagian putih terletak di tengah. Pada sumsum tulang belakang bahagian tengah berupa materi kelabu berbentuk rama-rama, sedangkan bahagian korteks berupa materi putih.

  1. ^ Farlex Partner Medical Dictionary, Farlex 2012.

Previous Page Next Page