Slobodan Praljak | |
---|---|
![]() Praljak in 2013 | |
Kelahiran | Čapljina, Kerajaan Beraja Yugoslavia | 2 Januari 1945
Meninggal dunia | 29 November 2017 The Hague, Belanda | (umur 72)
Kesetiaan | ![]() ![]() |
Perkhidmatan | Tentera Darat Croatia Majlis Pertahanan Croatia |
Tahun perkhidmatan | 1991–1995 |
Pangkat | Jeneral |
Pertempuran | |
Pasangan | Kaćuša Babić |
Tugas lain | Profesor, pengarah filem dan panggung, ahli perniagaan, penulis |
Laman web | slobodanpraljak |
Sebab kematian | Membunuh diri dengan meminum racun |
Slobodan Praljak (disebut [slobǒdan prǎːʎak]; 2 Januari 1945 – 29 November 2017) adalah seorang jeneral Croat Bosnia yang berkhidmat di dalam Tentera Darat Croatia dan Majlis Pertahanan Croatia, sebuah cabang tentera darat bagi Republik Herzeg-Bosnia Croatia, antara tahun 1992 sehingga 1995. Praljak telah didapati bersalah melanggar undang-undang perang, jenayah menentang kemanusiaan dan melanggar Konvesyen Geneva semasa Perang Bosniak-Croat oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa ke atas bekas Yugoslavia (ICTY) pada tahun 2017.[1]
Praljak secara sukarela telah menyertai Angkatan Tentera Croatia yang baru dibentuk selepas meletusnya Perang Kemerdekaan Croatia pada tahun 1991. Selepas dan selepas perang, beliau merupakan seorang jurutera, seorang pengarah TV dan panggung, selain juga seorang ahli perniagaan.[2][3] Praljak telah dituduh, secara sukarela menyerah diri kepada ICTY pada tahun 2004.[4] Pada tahun 2013, beliau disabitkan bersalah atas dakwaan jenayah perang ke atas penduduk Muslim Bosnia semasa Perang Bosniak-Croat disamping lima orang lagi pegawai Croat Bosnia,[5][6] dan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara.[7] Setelah mendengar penghakiman bersalah yang dijalankan pada bulan November 2017, Praljak mengatakan bahawa beliau menolak keputusan mahkamah, dan membunuh diri dengan meminum racun dalam bilik mahkamah.[8][9][10][11][12][13]
Ironically, Praljak, who surrendered to the tribunal in April 2004 and had already been jailed for 13 years, could have soon walked free because those who are convicted are generally released after serving two-thirds of their sentences.