![]() Campbell pada tahun 2014 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Sulzeer Jeremiah Campbell[1] | ||
Tarikh lahir | [1] | 18 September 1974||
Tempat lahir | Plaistow, England | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Kerjaya remaja | |||
1988–1989 | West Ham United | ||
1989–1992 | Tottenham Hotspur | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1992–2001 | Tottenham Hotspur | 255 | (10) |
2001–2006 | Arsenal | 135 | (8) |
2006–2009 | Portsmouth | 95 | (2) |
2009 | Notts County | 1 | (0) |
2010 | Arsenal | 11 | (0) |
2010–2011 | Newcastle United | 7 | (0) |
Jumlah | 504 | (20) | |
Pasukan kebangsaan | |||
England B15 | |||
England B16 | |||
England B18 | |||
1994–1996 | England B21 | 11 | (2) |
1994–2006 | England B | 2 | (0) |
1996–2007 | England | 73 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Sulzeer Jeremiah "Sol" Campbell (lahir 18 September 1974) ialah bekas pemain bola sepak antarabangsa England. Seorang pemain pertahanan, dia mempunyai karier selama 19 tahun di dalam Liga Perdana Inggeris dan 11 tahun karier antarabangsa.
Dilahirkan di timur London kepada ibu-bapa dari Jamaica, dia memulakan karier bola sepaknya bersama Tottenham Hotspur pada bulan Disember 1992. Dia menghabiskan sembilan tahun di Spurs, menjaringkan 10 gol dalam 255 penampilan dan menjadi kapten pasukan itu ketika kemenangan Piala Liga Inggeris 1999 menentang Leicester City. Pada tahun 2001, dia menyertai seteru London Utara Tottenham, Arsenal secara perpindahan percuma dan kerana itu dia menjadi orang yang dibenci oleh ramai penyokong Spurs sepanjang kariernya. Dalam lima tahunnya dan 195 penampilan di Arsenal, dia memenangi dua Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA. Dia menjaringkan satu-satunya gol Arsenal ketika kekalahan 2–1 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006. Pada bulan Ogos 2006, dia menyertai Portsmouth secara perpindahan percuma; tiga tahunnya bersama kelab itu termasuk mengetuai mereka menjuarai Piala FA 2008. Pada akhir musim 2008–09, dia membuat perpindahan mengejut ke pasukan League Two, Notts County secara perpindahan percuma. Dia meninggalkan kelab itu secara persetujuan bersama pada bulan September 2009 selepas hanya bermain satu perlawanan untuk kelab itu. Pada tahun berikutnya, dia kembali ke Arsenal sebelum mengakhiri kariernya bersama Newcastle United.
Setelah beraksi untuk pasukan England bawah-21 dan England B, dia membuat penampilan pertamanya daripada 73 penampilan untuk England ketika berumur 21 tahun. Pada bulan Mei 1998, Campbell menjadi kapten kedua termuda England selepas Bobby Moore, berumur 23 tahun 248 hari. Pada tahun 2006, dia menjadi satu-satunya pemain yang mewakili England dalam enam pertandingan utama berturut-turut, bermain dalam Kejohanan Eropah 1996, 2000 dan 2004 serta Piala Dunia 1998, 2002 dan 2006. Dia dinamakan dalam Pasukan Pertandingan untuk Piala Dunia 2002 dan Kejohanan Eropah 2004. Kejayaan yang lain termasuk berada daam Pasukan Tahunan PFA tiga kali (1999, 2003 dan 2004).
Pada bulan Februari 2015, dia mengesahkan hasratnya untuk bertanding bagi pencalonan Parti Konservatif untuk Datuk Bandar London dalam pilihan raya 2016.[3]