Spanar Jaya | |
---|---|
Genre | Komedi |
Pencipta |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Penggubah lagu tema | Azizi "Chunk" Hj. Adnan |
Lagu pembukaan | "Spanar Jaya" |
Lagu penutup | "Spanar Jaya" |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 7 |
Bilangan episod | 248 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azraai Kamaruddin |
Penerbit | Tiara Jacquelina |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 20–25 minit |
Syarikat penerbitan | Ten on Ten P.I.C.T.U.R.E.S |
Penyiaran | |
Saluran asal | ntv7 |
Format gambar | 576i (SDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 8 Mac 1999 – 27 September 2005 |
Spanar Jaya merupakan sebuah siri televisyen komedi Malaysia terbitan 10 on 10 Pictures. Sitkom ini bersiaran di ntv7 dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Dibintangi oleh Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Ramasundran Rengan, Sharifah Sofia, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff, ia mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.[1]
Ini merupakan sitkom lakonan terakhir mendiang Rambo Chin sebelum kematiannya pada 7 Ogos 2001 akibat serangan jantung[2] dan turut dibintangi oleh mendiang Shuba Jay sebelum kematiannya pada 17 Julai 2014 akibat nahas pesawat Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.[3] Pada tahun 2015, Spanar Jaya telah disenaraikan oleh portal Yahoo! News sebagai salah satu rancangan sitkom tempatan paling diingati.[4]
Pada Disember 2018, Spanar Jaya diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Spanar Jaya X yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2 Februari 2019, sempena ulang tahun ke-20 sitkom ini.[5][6]