Reptilia bersisik Julat zaman: Awal Jurasik-kini,
| |
---|---|
![]() | |
Tiliqua scincoides scincoides | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Squamata |
Spesies: | S.
|
Nama binomial | |
Squamata | |
Suborder | |
rujuk teks | |
![]() | |
hitam: taburan Squamata |
Squamata atau reptilia bersisik merupakan order reptilia yang terbesar pada masa kini, merangkumi biawak dan ular. Ahli-ahlinya dibezakan dengan kulitnya yang dilitupi dengan sisik atau perisai yang keras dan berkematu. Squamata juga memiliki tulang kuadrat boleh gerak yang membolehkannya menggerakkan rahang atas bersangkutan dengan tempurung otak. Ciri ini paling nyata bagi ular yang mampu membuka mulutnya luas-luas untuk menelan mangsa yang lebih besar. Squamata juga merupakan order reptilia yang paling pelbagai saiz, dari sekecil cicak kerdil (Sphaerodactylus ariasae) pada 16 mm (0.63 in) hingga sebesar anakonda hijau (Eunectes murinus) pada 6.6 m (22 ka) mahupun mosasaur yang kini pupus tetapi pernah menjangkau kepanjangan 14 m (46 ka).