Stalaktit (daripada bahasa Yunani stalasso, (σταλάσσω), "menitis", dan bermaksud "dari situ menitis") ialah sejenis pembentukan yang tergantung dari siling gua, mata air panas, atau struktur buatan manusia seperti jambatan dan lombong. Sebarang bahan yang boleh larut, boleh dimendakkan sebagai koloid, atau dalam ampaian, atau berupaya dileburkan, boleh membentuk stalaktit. Stalaktit boleh terdiri daripada lava, mineral, lumpur, gambut, gegala, pasir, sinter, dan amberat (air kencing terhablur tikus kayu).[1][2] Stalaktit tidak semestinya speleotem, namun speleotem ialah bentuk paling umum stalaktit kerana banyaknya gua batu kapur.[1][3]
|journal=
(bantuan)