Sten gun merupakan submesingan British semenjak Perang Dunia II, terkenal kerana reka bentuk ringkas dan kos pengeluaran yang rendah, diperbuat hanya dari 47 bahagian berlainan. Ia lebih murah dan ringkas berbanding MP38/MP40 Jerman, taraf sebelumnya dalam lapangan penghasilan senjata infantari pukal. Versi Sten gun paling ringkas, Mark III, memerlukan hanya lima jam kerja untuk menghasilkannya. Ia berlainan kerana bentuknya yang kosong (hanya paip dengan gelong logam sebagai pemegang), dan tempat peluru secara mendatar.