KC05 Sentul سنتول | |
---|---|
Stesen KTM Komuter | |
Lokasi | Jalan Perhentian, Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°11′0″N 101°41′20″E / 3.18333°N 101.68889°E |
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Laluan | Laluan Sentul-Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (1995 - kini) |
Platform | 1 platform tengah |
Trek | 3 |
Pembinaan | |
Templat letak kenderaan | Percuma. |
Maklumat lain | |
Kod stesen | SENTUL |
Dielektrikkan | 1995 |
Lokasi | |
Stesen Komuter Sentul ialah sebuah stesen kereta api komuter yang terletak di timur Sentul, Kuala Lumpur, dalam perkhidmatan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang KTM Komuter. Stesen terminus ini terletak di Jalan Perhentian, berdekatan Jalan Ipoh.
Stesen ini terletak tidak jauh daripada dua stesen LRT Aliran Ampang yang juga berkhidmat di Sentul. Stesen Komuter Sentul terletak 730 m di barat daya stesen LRT Sentul Timur, dan 900 m di barat laut stesen LRT Sentul yang terletak di bahagian selatan Sentul.