Setia Jaya | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama lain | ستيا جاي (Jawi) 斯迪亚再也 (Cina) | ||||||||||
Lokasi | Stesen Setia Jaya, Lebuhraya Persekutuan, Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 3°04′59″N 101°36′43″E / 3.08306°N 101.61194°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | 2 Laluan Pelabuhan Klang | ||||||||||
Platform | 2:1 platform sisi dan 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | SB1 Sunway-Setia Jaya Sungei Way Free Trade Zone | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 28 Ogos 1995 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ralat Lua: Coordinates not found on Wikidata. |
Stesen Komuter Setia Jaya ialah sebuah stesen keretapi di selatan Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Setia Jaya merupakan stesen bagi KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang. Stesen ini dibuka pada 28 Ogos 1995 apabila perkhidmatan KTM Komuter Sentul-Kuala Lumpur-Shah Alam mula berkhidmat. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah utara, untuk kereta api arah timur) dan Platform 2&3 (di sebelah selatan, untuk kereta api arah barat).
Stesen Komuter ini, walaupun dinamakan Setia Jaya, tidak disepadukan dan perlu dibezakan dengan Stesen BRT Sunway-Setia Jaya, dimana perkhidmatan BRT Laluan Sunway berkhidmat. Sebuah laluan pejalan kaki dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan stesen Sunway-Setia Jaya.