Lokasi | Stesen Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1] | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°EKoordinat: 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°E | ||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | ||||||||||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||
Jenis struktur | 9 12 Bertingkat | ||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal | ||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||
Kod stesen | KG04 PY01 | ||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Disember 2016 12 16 Jun 2022 | ||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||
Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Nama stesen diambil daripada bandar Kwasa Damansara yang akan dibina oleh pemaju Kwasaland. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[2] Laluan Putrajaya dibuka pada 16 Jun 2022.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kota Damansara.[4]
Stesen ini akan menjadi stesen terminal dan pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Tun Razak Exchange. Laluan Putrajaya (nama lamanya ialah Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) sudah dibuka pada Jun 2022 (mengikut perancangan stesen ini sepatutnya dibuka pada Julai 2021),[5] dibawah Fasa 1 laluan tersebut iaitu dari stesen ini hingga stesen Kampung Batu.[6]