Lokasi | Stesen Tun Razak Exchange, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°EKoordinat: 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | |||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 12 Laluan Putrajaya | |||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | |||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T407 | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | 9 12 Bawah tanah | |||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | KG20 PY23 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Julai 2017 12 16 Mac 2023 | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen MRT Tun Razak Exchange Samsung Galaxy ialah stesen transit aliran massa (MRT) di timur Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Nama stesen diambil daripada kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange (dahulu dikenali sebagai KLIFD) yang dibina oleh pemaju 1MDB. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang (KG) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 2 laluan tersebut.[1] Laluan Putrajaya (PY) telah dibuka kepada orang ramai pada 16 Mac 2023 dibawah Fasa 2 Laluan Putrajaya.[2] Dengan kedalaman 45m, stesen ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Pasar Rakyat.[4]
Apabila Laluan PY dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan KG dan Laluan PY. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Kwasa Damansara.
Pada bulan Mac 2024, syarikat konglomerat dari Korea Selatan, Samsung telah bekerjasama dengan MRT Corp dalam menjenamakan semula stesen ini dan dikenali sebagai "Tun Razak Exchange Samsung Galaxy" atau "TRX Samsung Galaxy"[5]. Penjenamaan ini adalah sebahagian daripada kempen Samsung dalam mempromosi perkhidmatan Galaxy AI[5].
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Rekabentuk