Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.[1] Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo.[2] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.