Stesen keretapi Chemor merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Chemor, Perak, Malaysia. Stesen ini tidak menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar tetapi mengendalikan perkhidmatan tren barang terutamanya simen dari Depoh Simen PHS yang terletak di Kanthan.