Suami (Jawi: سوامي ) atau laki (Jawi: لاكي , tidak formal, kurang halus)[1] adalah salah seorang pelaku berjantina lelaki dalam sesebuah pasangan yang berikrar dan berucap janji memperisterikan diri bersama wanitanya. Seorang lelaki biasanya menikah dengan seorang wanita dalam suatu upacara pernikahan sebelum dirasmikan statusnya sebagai seorang suami dan pasangannya sebagai seorang isteri.
Seorang lelaki hanya boleh dibenarkan berkahwin dan bernikah dengan seorang wanita sahaja mengikut peraturan banyak agama biasanya. Dalam budaya tertentu, pernikahan seorang wanita dengan banyak lelaki dikategorikan sebagai poliandri, situasi yang berbalik di mana seorang lelaki menjadi suami banyak wanita disebut sebagai poligini.