Bandar tuan rumah | Busan, Korea Selatan |
---|---|
Cogan kata | Wawasan Baru, Asia Baru (bahasa Inggeris: "New Vision, New Asia" ) |
Penyertaan negara | 44 |
Penyertaan atlet | 7,711 |
Acara | 419 dalam 38 sukan |
Upacara pembukaan | 29 September |
Upacara penutupan | 14 Oktober |
Pembukaan dirasmikan oleh | Kim Dae-jung |
Pembaca ikrar atlet | Moon Dae-Sung |
Penyala obor | Ha Hyung-Joo, Kye Sun-Hui |
Stadium utama | Stadium Utama Busan Asiad |
Sukan Asia 2002, juga dikenali sebagai Sukan Asia XIV ialah acara sukan yang berlangsung di Busan, Korea Selatan bermula 29 September sehingga 14 Oktober 2002. Busan merupakan bandar kedua di Korea Selatan selepas Seoul pada tahun 1986 untuk menjadi tuan rumah acara sukan ini. Sejumlah 419 acara dalam 38 sukan dipertandingkan dengan 7,711 atlet dari 44 negara mengambil bahagian.[1] Acara sukan ini juga berlangsung di bandar berdekatan: Ulsan, Changwon, Masan dan Yangsan.[2]