Hos Bandar | Paris, Perancis |
---|---|
Cogan kata | Games wide open (Perancis: Ouvrons grand les Jeux )[1] |
Negara | 206 (termasuk AIN dan EOR |
Atlet | 10,714 |
Acara | 329 dalam 32 sukan olimpik (48 disiplin) |
Pembukaan | 26 Julai 2024 |
Penutupan | 11 Ogos 2024 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Stade de France (Pertandingan olahraga, upacara penutupan)[2] Jardins du Trocadéro dan Sungai Seine (Upacara pembukaan) |
Musim Panas Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 |
Sukan Olimpik Musim Panas 2024 (Jawi: سوكن اوليمڤيك موسيم ڤانس ڤاريس ٢٠٢٤; Inggeris: 2024 Summer Olympics; Perancis: Jeux olympiques d'été de 2024) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXXIII (Inggeris: Games of the XXXIII Olympiad; Perancis: Jeux de la XXXIIIe Olympiade), dan turut dikenali sebagai Paris 2024, merupakan temasya sukan yang akan diadakan di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.[3]
Temasya ini merupakan kali ketiga bandaraya Paris menganjur Sukan Olimpik, selepas tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris. Temasya ini turut merupakan kali keenam Sukan Olimpik dianjurkan di negara Perancis (3 edisi Sukan Olimpik Musim Panas dan 3 edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk). Temasya Sukan Olimpik akan kembali kepada kitaran 4 tahun tradisionalnya, setelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun ditangguhkan hingga 2021 atas sebab pandemik COVID-19. Buat kali pertama, acara breaking akan dipertandingkan. Temasya ini juga merupakan edisi Sukan Olimpik yang terakhir dibawah pimpinan Presiden IOC Thomas Bach.[4] Temasya ini turut merupakan edisi musim panas pertama daripada tiga edisi berturut-turut akan datang yang menggunakan bahasa rasmi IOC (bahasa Inggeris dan bahasa Perancis).
Penganjuran temasya ini telah diganggu oleh beberapa kontroversi seperti pemilihan tapak pertandingan, penyertaan atlet Rusia dan Belarus dan sebagainya. Penganjuran Sukan Olimpik Paris dijangka akan menggunakan sebanyak $8.5 bilion.[5]
Proses pembidaan untuk edisi Sukan Olimpik dan Paralimpik ini bermula pada tahun 2015. Lima bandaraya telah menyerahkan pencalonan mereka, tetapi Hamburg, Rom dan Budapest telah menarik diri, akhirnya tinggal hanya Paris dan Los Angeles yang membida. Usul untuk melantik tuan rumah bagi edisi 2024 dan 2028 telah diluluskan semasa Mesyuarat Khas IOC yang diadakan di Lausanne, Switzerland pada 11 Julai 2017.[6] Pada 31 Julai, persetujuan dicapai antara IOC, Paris dan Los Angeles bahawa Paris akan menganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 dan Los Angeles pula akan menganjur pada tahun 2028.[7] Keputusan ini diumumkan semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017[8]
Sukan Olimpik Musim Panas 2024 |
---|
|