Hos Bandar | Vancouver, British Columbia, Kanada |
---|---|
Cogan kata | With glowing hearts/ Des plus brillants exploits |
Negara | 82 |
Atlet | 2,622[1] |
Acara | 86 acara dalam 7 sukan |
Pembukaan | 12 Februari 2010 |
Penutupan | 28 Februari 2010 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | BC Place |
Musim Sejuk Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2010 |
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010, secara rasmi XXI Olympic Winter Games atau 21st Winter Olympics, adalah acara pelbagai sukan antarabangsa berlangsung pada 12–28 Februari 2010 di Vancouver, British Columbia, Kanada dengan sesetengah acara diadakan di bandar resort Whistler, Richmond, West Vancouver dan University Endowment Lands. Kira-kira 2,600 orang atlet daripada 82 buah negara menyertai dalam 86 acara dalam lima belas disiplin. Kedua-dua Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik adalah dianjur oleh Vancouver Organizing Committee (VANOC). Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 adalah Olimpik ketiga yang dianjurkan oleh Kanada, dan yang pertama oleh wilayah British Columbia. Sebelumnya, Kanada menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal, Quebec dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 di Calgary, Alberta.