Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sukan Paralimpik Musim Panas

Sukan Paralimpik Musim Panas merupakan sebuah acara pelbagai sukan bagi atlet yang mempunyai kecacatan, termasuk atlet yang mempunyai kecacatan mobiliti, amputasi, kebutaan, dan palsi serebrum. Sukan Paralimpik diadakan pada setiap empat tahun oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Pingat akan diberi dalam setiap acara, dengan pingat emas untuk tempat pertama, pingat perak untuk tempat kedua dan pingat gangsa untuk tempat ketiga, sebuah tradisi yang dimulakan oleh Sukan Olimpik pada tahun 1904.

Terdapat tiga negara yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas sebanyak dua kali, yakni Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun. Negara lain yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas termasuklah Australia, Kanada, China, Yunani, Israel, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman Barat. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2016, Brazil menjadi negara Amerika Selatan pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas. Tokyo pula merupakan bandar pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas lebih daripada sekali, yakni Sukan Paralimpik Musim Panas 1964 dan 2020.

Dua belas negara - Argentina, Australia, Austria, Belgium, Perancis, Great Britain, Ireland, Israel, Itali, Belanda, Switzerland, Amerika Syarikat - telah menyertai semua Sukan Paralimpik Musim Panas. Tujuh daripada negara-negara tersebut telah memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas di setiap Sukan Paralimpik Musim Panas: Australia, Austria, Perancis, Great Britain, Itali, Belanda, dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat telah menjadi negara yang memperoleh kedudukan tertinggi dari segi pungutan pingat pada lapan Sukan Paralimpik Musim Panas: 1964, 1968, 1976, 1980, 1984, 1988, 1992 dan 1996. China pula mendapat tempat pertama dalam jadual pingat bagi lima temasya yang terkini, 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020. Itali ( 1960 ), Jerman Barat ( 1972 ) dan Australia ( 2000 ) masing-masing pernah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat sebanyak sekali.


Previous Page Next Page