Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sukan Paralimpik Musim Panas 1984

Sukan Paralimpik VII
Bandar tuan rumahBandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Stoke Mandeville, United Kingdom
Penyertaan negara45 (USA)
41 (GBR)
Penyertaan atlet1,800 (USA)
1,100 (GBR)
Acara~300 dalm 15 acara (USA)
603 dalam 10 acara (GBR)
Upacara pembukaan17 Jun (USA)
22 Julai (GBR)
Upacara penutupan30 Jun (USA)
1 Ogos (GBR)
Pembukaan dirasmikan olehPresiden Ronald Reagan (USA)
Charles, Putera Wales (GBR)
Stadium utamaKompleks Olahraga Mitchel (USA)
Stadium Stoke Mandeville (GBR)

Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 (nama rasmi bahasa Inggeris: 1984 International Games for the Disabled) ialah acara Sukan Paralimpik ketujuh yang diadakan. Temasya ini dianjurkan di dua tempat berbeza: di Stoke Mandeville, United Kingdom bagi atlet berkerusi roda dengan kecacatan saraf tunjang, dan Kompleks Olahraga Mitchel serta Universiti Hofstra di Long Island, New York, Amerika Syarikat bagi atlet berkerusi roda akibat palsi serebrum, atlet beranggota palsu dan atlet dengan kecacatan lain (seperti hilang upaya penglihatan). Stoke Mandeville menjadi bandar hos pendahulu Sukan Paralimpik, Sukan Stoke Mandeville sejak 1948, dengan acara kesembilan di Rom pada 1960 diangkat sebagai pengajuran Sukan Paralimpik pertama.[1]

Bersama-sama Sukan Olimpik Musim Panas 1984, Kesatuan Soviet serta negara-negara komunis kecuali China, Jerman Timur, Hungary, Poland and Yugoslavia memboikot temasya ini.[2] Pihak Soviet tidak menyertai Sukan Paralimpik pada ketika itu, dengan menyatakan bahawa Soviet tidak memiliki orang cacat, dan hanya memasuki Paralimpik buat julung kalinya pada kejohanan seterusnya (1988) ketika Perestroika.[3]

Ini ialah kali terakhir Sukan Paralimpik diadakan di tempat berbeza dengan Sukan Olimpik, dengan edisi-edisi seterusnya memperlihatkan Sukan Olimpik dan Paralimpik dianjurkan di tempat yang sama.

  1. ^ "2012 – The Paralympics come home", BBC, 4 Julai 2008
  2. ^ Bailey, Steve (2008). Athlete First: A history of the paralympic movement. John Wiley & Sons. m/s. 35–26. ISBN 9780470058244.
  3. ^ Phillips, Sarah D. (2009). "'There Are No Invalids in the USSR!': A Missing Soviet Chapter in the New Disability History". Disability Studies Quarterly. Ohio State University Libraries; Society for Disability Studies. 29 (3). Dicapai pada 21 Julai 2019.

Previous Page Next Page