Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sukhoi Su-27

Su-27
Su-27UB dari pasukan aerobatik Russian Knights
Peranan Pesawat penguasaan udara
Negara pengeluar  Kesatuan Soviet
 Rusia
Pengeluar Sukhoi Design Bureau
Penerbangan sulung 20 Mei 1977
Diperkenalkan Disember 1985
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Tentera Udara China
Tentera Udara Ukraine
Tentera Udara India
Dikeluarkan 1984-kini
Jumlah dibina 680 buah
Kos seunit AS$35 juta
Kelainan Su-30
Su-33
Su-34
Su-35
Su-37
Shenyang J-11
T-10 di hadapan Mil Mi-12.

Sukhoi Su-27 (nama pengenalan NATOFlanker’) adalah sebuah jet pejuang yang asalnya dibina oleh Kesatuan Soviet, dan direka oleh Sukhoi Design Bureau. Ia bertujuan untuk menandingi pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang generasi baru A.S (yang mana menghasilkan pesawat F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, dan F/A-18 Hornet), yang mampu beroperasi pada jarak jauh, dilengkapi dengan persenjataan berat dan mempunyai kelincahan yang tinggi. Su-27 bukan sahaja melaksanakan misi-misi penguasaan udara, tetapi juga boleh melakukan hamper kesemua operasi pertempuran. Pesaing terdekatnya adalah F-15 Eagle.

Berdasarkan rekabentuk Su-27, terhasilnya beberapa hasil pembangunan. Su-33 ‘Flanker-D’ adalah sebuah Pemintas Pertahanan Angkatan yang dibangun daripada rekabentuk Su-27 bagi digunakan di atas kapal pengangkut pesawat. Perbezaan utamanya termasuk pencangkuk ekor dan sirip hadapan. Su-30 pula merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, dua tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Versi-versi lain termasuklah versi serangan Su-34 ‘Fullback’ dan pejuang pertahanan udara yang ditingkat upaya Su-35 ‘Flanker-E’.


Previous Page Next Page






Soechoi Su-27 AF Sukhoi Su-27 AN سوخوي سو-27 Arabic Suxoy Su-27 AZ سوخو 27 AZB Су-27 BE Су-27 BE-X-OLD Су-27 Bulgarian Sukhoi Su-27 Catalan سوخۆی سو-٢٧ CKB

Responsive image

Responsive image