Sukun (Jawi: سوكونcode: ms is deprecated ), kulur (Jawi: كولور) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae[3] serumpun dengan nangka dan cempedak.[4][5] Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan[6] dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru.[7][8]
Pokol sukun terdiri daripada dua variasi iaitu yang menghasilkan buah berbiji dan tanpa berbiji; sukun berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.
^Morton, Julia F (1987). "Breadfruit; In: Fruits of Warm Climates". NewCROP, the New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University, West Lafayette, IN. m/s. 50–58. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2015. Dicapai pada 17 January 2017.