Abdullah Ma'ayat Shah | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 1615–1623 |
Didahului oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah III |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Shah III |
Anakanda | orang iaitu ; Raja Bajau bin Sultan Abdullah Ma'ayat Shah |
Kerabat | Melaka |
Ayahanda | Sultan Muzaffar Shah |
Bonda | - |
Agama | Islam |
Tandatangan |
Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Abdullah Ma'ayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Almarhum Sultan Muzaffar Shah II, Sultan Johor ke-6 dari 1615-1623 dan bersemayam di Batu Sawar, Kota Tinggi, Johor.
Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Abdullah, Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang.
Beliau adalah putera kepada Sultan Muzaffar Shah II dan diangkat oleh Sultan Iskandar Muda,Acheh sebagai Sultan Johor bagi menggantikan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor ke-6 yang dihukum bunuh oleh Sultan Iskandar Muda apabila Acheh menewaskan Johor pada tahun 1615.