Tengku Ahmad Riayat Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Sri Al-Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Johor Darul Takzim Ke XV | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Sultan Johor Ke 15 Seluruh Jajahan takluknya | |||||||||||||
Pemerintahan | 1761 – 1770 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah | ||||||||||||
Diikuti oleh | Sultan Mahmud Shah III | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | - 1752 - | ||||||||||||
Kemangkatan | 31 September 1770 kampung Kuala Limpur, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor, Negara Melayu Nusantara | ||||||||||||
Pemakaman | 1 Oktober 1770 Kampung Bulang, Batangan, Riau, empayar Johor, Nusantara | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Bendahara | ||||||||||||
Ayahanda | Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Tengku Ahmad Riayat Shah |
Sultan Ahmad Riayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu baginda baru berusia sembilan tahun.
Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar ganti rugi tersebut dan hal ini mengukuhkan lagi kuasa Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah II mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah". Baginda digantikan oleh adindanya, iaitu Raja Mahmud yang baru berusia 14 tahun yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah III.