Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sultan Ali Iskandar Shah

Sultan Ali Iskandar Shah
Sultan Johor
(Raja Pemerintah Johor, Singapura dan pulau sekitar)
Pemerintahan5 September 1835 – 10 Mac 1855
Didahului olehSultan Hussain Shah
Diikuti olehTemenggung Daeng Ibrahim (sebagai Temenggung Pemerintah Johor)
Pemerintah Kesang
(bergelar Sultan Kesang)
Pemerintahan10 Mac 1855 – 20 Jun 1877
Didahului olehSultan Ali Iskandar Shah
Diikuti olehSultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng Ibrahim
KeputeraanAli Iskandar Muazzam Shah ibni Hussein Muazzam Shah
1824 (1824)
Istana Kampung Glam, Kampung Glam, Daerah Singapura, Negeri-negeri Selat, Johor
Kemangkatan21 Jun 1877 (berumur 52–53)
Umbai, Jasin Melaka, Malaysia
Pemakaman21 Jun 1877
Makam Masjid Umbai, Jasin Melaka
Pasangan3 Orang Isteri
Isteri
  • Tengku Ngah
  • Daing Siti
  • Cik Serimbuk binti Mokmin
Anakanda
  • Tengku Alam Shah
  • Tengku Mahmud
  • Tengku Mansur Putra
  • Tengku Puteh ‘Abdu’llah
  • Tengku Sulong
  • Tengku Sembuk
  • Tengku Cik Fatimah
  • Tengku Mariam
  • Tengku Sharifah
  • Tengku Busu Zainab
KerabatBendahara Johor
AyahandaSultan Hussain Shah
BondaTengku Prabu binti Tengku Mahmud Terengganu
AgamaIslam

Sultan Ali Iskandar Shah ialah Sultan Johor ke-19 dan sultan terakhir bagi Wangsa Bendahara Johor pada 16 September 1840 sebelum Johor diperintah Wangsa Temenggung.[1] Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah.[2] Walau bagaimanapun, perlantikan baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris (British). Semasa pemerintahan baginda, pentadbiran Johor lebih dikuasai oleh Temenggung Johor, Temenggung Daeng Ibrahim dan British. Tuntutan Sultan Ali ke atas jawatan Sultan Johor hanya diiktiraf oleh pedagang dan beberapa orang Melayu. Pada September 1840, satu perisytiharan dikeluarkan oleh British bagi pengiktirafan baginda sebagai pewaris Sultan Hussain Shah yang sah, tetapi bukan pengiktirafan sebagai "Sultan Johor".[3]

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju melepaskan haknya terhadap Johor (kecuali Kesang) kepada Temenggung Daeng Ibrahim,[4] dengan balasan pengiktirafan rasmi sebagai "Sultan Muar" oleh British dan elaun bulanan. Selepas penyerahan Johor, Sultan Ali diberikan kuasa pentadbiran ke atas Muar (Kesang) sehingga kemangkatannya pada 1877.[5]

  1. ^ Sejarah Kesultanan Negeri Johor, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi (Official Web Portal of Kota tinggi district), retrieved 12 March 2009
  2. ^ Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (1937), pg 93
  3. ^ Jayakumar, Public international law cases from Malaysia and Singapore, pg 270
  4. ^ The Numismatic Circular (1970), pg 47, 87
  5. ^ Burns, Wilkinson, Papers on Malay Subjects, pg 72 In the end they signed the treaty of AD 1855. They gave Tengku Ali the district of Muar to govern as Sultan of Muar; and they agreed to pay him and his...

Previous Page Next Page