Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup. Bila masa suluk Jadi Melayu. Tidak berasas
Di Sabah, masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang Bangsa Menentang Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah berketurunan Suluk Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah berketurunan Suluk Kudat. Pengarah Yayasan Sabah kini iaitu Tan Sri Datu Khalil bin Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat Salleh, ada ramai lagi pejuang pejuang bangsa penentang penjajah British dari kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.