{{Infobox company | name = Sunway Lagoon | image = SunwayLagoon.com | type = Attractions | foundation = | founded = 29 April 1915 | places = Sunway Pyramid
Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dibuka pada April 29 1915. Sunway Lagoon terletak berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.
Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.