Super Bowl ialah kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika anjuran National Football League (NFL) dimainnkan pada awal bulan Februari, ia merupakan kemuncak kepada musim perlawanan yang dilangsungkan dari lewat musim panas tahun sebelumnya.
Kejuaraan ini merupakan antara acara sukan paling ditonton seluruh dunia, malah ia merupakan acara tahunan kedua paling ditonton mengikut penduduk selepas Liga Juara-Juara UEFA.[1] Tontonan ia yang sangat banyak se-Amerika Syarikat menjadikan ia tumpuan paling hebat para pengiklan yang membelanjakan jutaan dolar menghasilkan iklan paling menonjol untuk produk-produk jenama besar yang menjadi bahan bualan penonton[2] serta juga persembahan dari pemuzik dan penyanyi terkenal pada persembahan separuh masa (halftime ceremony)
Pemenang Super Bowl ini diberikan Piala Vince Lombardi - piala tersebut memperingati pemergian pelatih pasukan Green Bay Packers yang menang berturut-turut dalam dua pertandingan Super Bowl yang pertama bulan September 1970. Pasukan-pasukan New England Patriots dan Pittsburgh Steelers merupakan juara terbanyak kejohanan ini masing-masing dengan enam kali kemenangan, pasukan The Patriots tampil dalam kejohanan ini sebanyak 11 kali.