Swami Vivekananda | |
---|---|
Lahir | Calcutta, India | 12 Januari 1863
Meninggal dunia | —Swami Vivekananda—
—ekananda— Belur Math berhampiran Calcutta |
Nama lahir | Narendra Nath Datta |
Guru | Ramakrishna |
Falsafah | Vedanta |
Karya | Raja Yoga, Karma Yoga, Bhakti Yoga and Jnana Yoga |
Quotation | Come up, O lions, and shake off the delusion that you are sheep; you are souls immortal, spirits free, blest and eternal; ye are not matter, ye are not bodies; matter is your servant, not you the servant of matter.[2] (See more quotations in Wikiquote) |
Tandatangan |
Swami Vivekananda (Benggali: স্বামী বিবেকানন্দ, rumi: Shami Bibekanondo ) (12 Januari 1863 - 4 Julai 1902) merupakan seorang rahib Hindu dan pengikut utama Sri Ramakrishna. Beliau ialah tokoh utama yang memperkenalkan falsafah Vedanta danYoga di negara-negara Barat pada lewat abad ke-19. Swami Vivekananda juga merupakan tokoh yang berjaya memberikan agama Hindu status antara agama utama di dunia. Beliau memainkan peranan penting dalam membawa pembaharuan dan kebangkitan semula agama Hindu di India yang pada ketika itu menghadapi ancaman kepupusan akibat pengaruh budaya Barat.
Vivekananda memiliki peribadi yang amat dikenali dunia sebagai seorang pemimpin Hindu. Beliau ialah Swami (rahib) Hindu pertama yang melawat negara-negara Barat untuk menyebarkan agama Hindu, Yoga dan falsafah Vedanta dalam Persidangan Agama-Agama Dunia (World's Parliament of Religions) yang diadakan sempena World's Fair di Chicago pada tahun 1893. Kejayaannya di Chicago disusuli dengan pengenalan falsafah India ke seluruh benua Amerika dan Eropah.