Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Syafiq Kyle

Syafiq Kyle
شفيق کائل
Syafiq pada 2016.
Kelahiran
Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak

(1992-06-24) 24 Jun 1992 (umur 32)
PendidikanDiploma Komunikasi dan Media
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)
IbuRohaya Sulaiman
BapaAbdul Razak Husin
SaudaraSyazwan Razak (adik)
Laman web rasmisyafiqkyle.com

Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak[1] atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (Jawi: شفيق کائل; lahir 24 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis.[2][3] Sejak itu, Syafiq telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Nur (2018-19), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024), The Experts (2024) dan Takluk: Lahad Datu (2024).

  1. ^ "Biodata, Profil Syafiq Kyle". BukanCincai.
  2. ^ "Syafiq Kyle mahu dikenali | Hiburan". Utusan Online. 3 Jun 2012. Dicapai pada 3 Jun 2016.
  3. ^ "Cetusan fenomena Syafiq Kyle". Kosmo!. 27 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 25 Mac 2019.

Previous Page Next Page






Syafiq Kyle English Syafiq Kyle IBA Syafiq Kyle ID

Responsive image

Responsive image