Syafiq Yusof | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Syafiq bin Mohd Yusof 7 Disember 1992 |
Pusat pendidikan | Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) |
Pekerjaan | Pengarah filem, penulis skrip, pelakon |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Aisyeah Zainal (k. 2014) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Datin Fatimah Ismail |
Bapa | Datuk Dr. Yusof Haslam |
Saudara |
|
Mohd Syafiq bin Datuk Dr. Mohd Yusof (lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip dan pelakon Malaysia dan merupakan anak kepada Datuk Dr. Yusof Haslam dan adik kepada Syamsul Yusof. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.
Beliau juga mengarahkan siri TV Gerak Khas dan Evolusi KL Drift: The Series. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk Abang Long Fadil (2014), Villa Nabila (2015) dan Desolasi (2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam Desolasi, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.