![]() | |
![]() | |
Nama asli | Verenigde Oostindische Compagnie ![]() |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
Industri | Perdagangan ![]() |
Genre | Perdagangan |
Ditubuhkan | 1602 |
Dibubarkan | 1799 ![]() |
Ibu pejabat | Amsterdam, Delft, Rotterdam, Enkhuizen, Middelburg dan Hoorn, Republik Belanda |
Keluaran | Perdagangan rempah ![]() |
Anak syarikat | Syarikat Hindia Barat Belanda ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Syarikat Hindia Timur Belanda (Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC dalam bahasa Belanda, yang bermaksud "Syarikat Hindia Timur Bersatu") telah ditubuhkan pada 20 Mac, 1602, apabila Jeneral negeri-negeri Belanda memberikannya hak monopoli menjalankan aktiviti penjajahan di Asia. Syarikat ini dianggap syarikat pertama yang menerbitkan syer saham.
VOC terdiri dari 6 kamars (Kamers) di Amsterdam, Middelburg (untuk Zeeland), Enkhuizen, Delft, Hoorn dan Rotterdam. Perwakilan kamar-kamar tersebut berjumpa sebagai Heeren XVII (Tujuh belas Raja). Setiap Kamers menyumbang seorang perwakilan kepada anggota tujuh belas ini mengikut kadar kapital yang mereka langgan; perwakilan Amsterdam bernama lapan.
Syarikat ini berpusat di Batavia (kini dipanggil Jakarta) di Jawa, Indonesia. Syarikat ini juga mempunyai penempatan di Kepulauan Rempah (Maluku), termasuk Kepulauan Banda dimana VOC telah secara paksa mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala. Mereka juga mengawal penempatan di Melaka pada 1641 dan juga Afrika Selatan.