Syed Razlan Jamalullail | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia | |
Dalam jawatan 6 Julai 2020 – 5 Julai 2023 | |
Didahului oleh | Anuwar Ali |
Digantikan oleh | Ibrahim Komoo |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Arau | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Mastika Junaidah Husin |
Digantikan oleh | Ismail Kassim |
Majoriti | 3,243 (PRU-11) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Pauh | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Abu Bakar Ismail |
Digantikan oleh | Azlan Man |
Majoriti | 2,521 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail 21 Januari 1951 |
Parti politik | (2018-kini) (-2018) |
Tempat belajar | Universiti Carolina Utara |
Pekerjaan | Ahli politik |
Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir 21 Januari 1951) ialah seorang kerabat diraja Perlis dan ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Tengku Syarif Laksamana Perlis dan pernah memegang jawatan politik seperti Ahli Parlimen Arau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi kawasan Pauh.
Beliau ialah putera ke-8 kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail[1]. Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia pada 2020 hingga 2023. Beliau turut pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 2008 hingga 2013.