T. E. Lawrence | |
---|---|
Nama lahir | Thomas Edward Lawrence |
Nama lain | T. E. Shaw, John Hume Ross |
Nama samaran | Lawrence of Arabia ("Lawrence si Arab") |
Kelahiran | Tremadog, Carnarvonshire, Wales | 16 Ogos 1888
Meninggal dunia | 19 Mei 1935 Bovington Camp, Dorset, England | (umur 46)
Disemadikan | St Nicholas, Moreton, Dorset |
Kesetiaan | United Kingdom Kerajaan Hijaz |
Perkhidmatan | Tentera Darat British Tentera Udara Diraja British |
Tahun perkhidmatan | 1914–1918 1923–1935 |
Pangkat | Colonel (British Army) Aircraftman (RAF) |
Pertempuran | Perang Dunia Pertama |
Anugerah | Companion of the Order of the Bath[1] Distinguished Service Order[2] Knight of the Legion of Honour (France)[3] Croix de guerre (France)[4] |
Kolonel Thomas Edward Lawrence CB DSO (16 Ogos 1888 – 19 Mei 1935) merupakan seorang pakar arkeologi, pegawai tentera dan diplomat serta penulis British.
Beliau terlibat dalam Pemberontakan Arab menentang Empayar Uthmaniyah dari 1916 hingga 1918 semasa Perang Dunia Pertama, terutamanya dalam pengepungan kota-kota utama di rantau Timur Tengah seperti Damsyik dengan kerjasama pihak Faisal al-Hasyimi serta sebagai sekutu utama Kerajaan Hijaz. Keterlibatan ini diabadikan dalam biografi penuh mengenai hal ini dikarang beliau iaitu Seven Pillars of Wisdom yang mendapat perhatian ramai serta memberi gelaran masyhur kemudian sebagai "Lawrence si Arab" (bahasa Inggeris: Lawrence of Arabia , Arab: لورنس العرب, rumi: Lawrence al-`Arab ).
Pihak Perancis yang menjajah Syria mengkambinghitamkan beliau sebagai suatu musuh hakiki mereka kerana menggalakkan rasa kesumat warga Syria yang sudah bersedia melawan mereka sepanjang tahun 1920.[5][6]