Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan | Sentiasa Bersamamu |
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (kini di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia) |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) 16:9 SDTV (576i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Prima Berhad (Sistem Televisyen Malaysia Berhad) |
Orang penting |
|
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 Jun 1984 |
Pautan | |
Laman web | www |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 103 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 103 |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 103 (HD) |
Media penstriman | |
Tonton | Tonton secara langsung |
Unifi TV | unifi PlayTV |
Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 merupakan stesen televisyen swasta terestrial dan siaran percuma nasional pertama di Malaysia milik Media Prima Berhad, konglomerat penyiaran dan media Malaysia. TV3 memulakan siarannya pada 1 Jun 1984 dan kekal sebagai stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia.[1] Sama seperti kebanyakan stesen televisyen di Asia Tenggara, TV3 juga terkenal dengan drama lipur laranya. TV3 mula bersiaran 24 jam sehari pada 31 Ogos 1997 sebagai penyiaran 24 jam yang pertama di Malaysia dan meneruskan penyiaran 24 jam pada 1 Januari 2010, Penyiaran 24 jam semula sekali lagi pada 1 November 2015.
TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dan kemudian pada Oktober 2024 mereka berpindah ke Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur setelah hampir 3 dekad di Sri Pentas.
Saluran ini disiarkan secara langsung di perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton, MYTV Mana-mana dan unifi PlayTV. TV3 dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.