![]() | |
![]() | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Taman Kinabalu |
Inskripsi | 2000 (sesi ke-24) |
Laman sesawang | https://www.sabahparks.org.my/kinabalu-park ![]() |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Sabah, Malaysia |
Koordinat | 6°09′N 116°39′E / 6.15°N 116.65°E |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Taman Kinabalu terletak di bahagian utara pulau Borneo, sebuah taman tertua negeri Sabah, Malaysia yang telah diwartakan pada 16 Januari 1964, Taman Kinabalu dihiasi oleh Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,095.2 meter, yang merupakan gunung tertinggi selepas Puncak Jaya, Papua Barat, Indonesia dan Hkakabo Razi, Myanmar di Asia Tenggara. Ia juga telah disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia pada 2 Disember 2000 lalu.
Taman Kinabalu merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada kearas tinggi. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.
Kini Taman Negara Kinabalu berada dibawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.