Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tamparuli

Tamparuli
Transkripsi lain
 • Jawiتمڤارولي
 • Cina担波罗里
Pekan Tamparuli
Pekan Tamparuli
Etimologi: Jambatan gantung sementara (Temporary)
Lokasi daerah Tuaran merangkumi pekan Tamparuli dan daerah kecil Tamparuli
Lokasi daerah Tuaran merangkumi pekan Tamparuli dan daerah kecil Tamparuli
Tamparuli yang terletak di Malaysia Timur
Tamparuli
Tamparuli
Koordinat: 6°8′N 116°16′E / 6.133°N 116.267°E / 6.133; 116.267Koordinat: 6°8′N 116°16′E / 6.133°N 116.267°E / 6.133; 116.267
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahTuaran
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Tamparuli dan Majlis Daerah Tuaran
 • Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah)Jular Harung[1]
 • Penolong Pegawai DaerahHannevy W Harry
 • DUNYang Berhormat Datuk Jahid Jahim (GBS-PBS) (Tamparuli)
Keluasan
 • Jumlah499 km2 (192.665 batu persegi)
Aras
19 m (62 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah40,502
 Populasi di sekitar Tamparuli sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah kecil Tamparuli.
Zon waktuMST
Poskod
8925X
Kod kawasan088
Kawasan KejirananTuaran, Topokon, Kiulu, Pekan Nabalu
Tamu MingguanRabu
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/dktmp/

Tamparuli (Jawi: تمڤارولي), merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Pantai Barat Sabah, Malaysia.[2] Kawasan Tamparuli mempunyai sebuah pejabat daerah kecil sendiri untuk mengurus pentadbiran dan juga merupakan sebuah mukim di daerah Tuaran.[3] Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Kadazan-Dusun. Di samping itu, terdapat juga masyarakat berbangsa Cina (Kebanyakan adalah Hakka) yang berniaga di sini.[2] Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer[4] manakala jarak pekan Tamparuli ke pekan Tuaran adalah 9 kilometer. Tamparuli terkenal dengan daya tarikannya iaitu mempunyai jambatan gantung terpanjang, dengan terciptanya lagu Jambatan Tamparuli, yang kini menjadi lagu kegemaran bagi kaum Kadazan Dusun. Lirik awal di bawah adalah lagu Jambatan Tamparuli yang dicipta oleh Justin Lusah iaitu penyanyi tempatan yang terkenal di Sabah[5] Pekan Tamparuli juga merupakan tempat persinggahan dalam perjalanan ke pekan Kiulu dengan melakukan aktiviti berakit bagi pelancong domestik dan asing.[6]

Pak pak* kang ku doh (Pak pak saya melangkah)

Sumunsui doh jambatan (Menyusur/meniti jambatan)

Jambatan doh Tamparuli (Jambatan Tamparuli)

Bakasut tinggi oku (Saya memakai kasut tinggi)

*Pak pak disebut 'pok pok', merujuk kepada bunyi tapak kasut/kaki dan dalam lagu ini adalah bunyi tapak kasut tinggi.

  1. ^ Utusan Borneo, Online (2024-10-12). "Pemimpin adat diseru ketahui masalah rakyat di kawasan masing-masing". www.utusanborneo.com.my/. Dicapai pada 2024-12-15.
  2. ^ a b Harry, George (2011-11-29). "HISTORY OF TAMPARULI". www.tamparulisabah.com. Dicapai pada 2019-12-15.
  3. ^ "SELAMAT DATANG KE PEJABAT DAERAH KECIL TAMPARULI". ww2.sabah.gov.my/dktmp/. Dicapai pada 2020-02-13.
  4. ^ "Tourist Attraction at Tamparuli Sabah". tamparulisabah.wordpress.com. 2011-07-11. Dicapai pada 2020-02-15.
  5. ^ Ortolana, Clare. "Jambatan Tamparuli Song, Lyrics & Translation". www.ortolanaclare.com. Dicapai pada 2020-02-10.
  6. ^ STICKY RICE, TRAVEL (2024-12-15). "KIULU CLASS I & II". www.stickyricetravel.com/about-us/. Dicapai pada 2024-12-15.

Previous Page Next Page






Tamparuli German Tamparuli DTP Tamparuli English Tamparuli French Tamparuli ID 탐파룰리 Korean Tamparuli SIMPLE

Responsive image

Responsive image