Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tanabata

Tanabata (七夕) atau Perayaan Bintang adalah salah satu perayaan yang berkaitan dengan musim di Jepun, China, dan Korea. Perayaan besar-besaran dilakukan di setiap bandar di Jepun, termasuk di antaranya bandar Sendai dengan pesta Sendai Tanabata. Di China, perayaan ini disebut Qi Xi.

Tarikh festival Tanabata dahulunya mengikut takwim lunisolar yang kira-kira sebulan lebih lambat daripada takwim Gregorius. Sejak takwim Gregorius mula digunakan di Jepun pada zaman Meiji, perayaan Tanabata diadakan pada malam 7 Julai, hari ke-7 bulan ke-7 takwim ini, atau sebulan lebih lewat sekitar 8 Ogos.

Aksara kanji yang digunakan untuk menulis Tanabata boleh dibaca sebagai shichiseki (七夕, malam ke-7). Pada zaman dahulu, perayaan ini juga ditulis dengan aksara kanji yang berbeza, tetapi tetap dibaca Tanabata (棚機). Tradisi perayaan ini berasal dari China yang diperkenalkan di Jepun pada zaman Nara.


Previous Page Next Page






تاناباتا Arabic Tanabata AZ Tanabata Catalan تاناباتا CKB Tanabata Danish Tanabata German Ταναμπάτα Greek Tanabata English Tanabata Spanish تاناباتا FA

Responsive image

Responsive image