Taqim Zaki | |
---|---|
Kelahiran | Mustaqim bin Mohamed Zaki 24 Disember 1989 |
Nama lain | Mustaqim Mohamed |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Pelakon, penulis skrip |
Tahun aktif | 2006–kini |
Ketinggian | 180 cm (5 ka 11 in) |
Taqim Zaki (lahir Mustaqim Mohamed Zaki; 24 Disember 1989) merupakan seorang pelakon dan penulis skrip lelaki Malaysia.
Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 24 Disember 1989 dan dibesarkan di Kuantan, Pahang, beliau mendapat pendidikan formal dalam seni lakon dan persembahan di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sering dikenali dengan watak antagonis, sidekick hero dan off beat, Taqim mula aktif di pentas teater pada tahun 2006 dan seterusnya membuat penampilan sulung dalam lakonan sebagai watak utama melalui filem Penunggu Istana pada tahun 2011, juga merupakan filem pertama pelakon Sara Ali dan Amar Asyraf.