Presiden[1] Tarja Halonen | |
---|---|
![]() | |
Presiden Finland ke-11 | |
Dalam jawatan 1 Mac 2000 – 1 Mac 2012 | |
Perdana Menteri | Paavo Lipponen Anneli Jäätteenmäki Matti Vanhanen Mari Kiviniemi Jyrki Katainen |
Didahului oleh | Martti Ahtisaari |
Digantikan oleh | Sauli Niinistö |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 13 April 1995 – 25 Februari 2000 | |
Perdana Menteri | Paavo Lipponen |
Didahului oleh | Paavo Rantanen |
Digantikan oleh | Erkki Tuomioja |
Menteri Keadilan[2] | |
Dalam jawatan 28 Februari 1990 – 26 April 1991 | |
Perdana Menteri | Harri Holkeri |
Didahului oleh | Matti Louekoski |
Digantikan oleh | Hannele Pokka |
Ahli Parlimen Finland Helsinki | |
Dalam jawatan 24 Mac 1979 – 29 Februari 2000 | |
Digantikan oleh | Ilkka Taipale[3] |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tarja Kaarina Halonen 24 Disember 1943 Helsinki, Finland |
Parti politik | Parti Demokrasi Sosial Finland |
Pasangan | Pentti Arajärvi (k. 2000) |
Anak | 1 perempuan |
Tempat belajar | Universiti Helsinki |
Tandatangan | ![]() |
Laman web | Official website |
Tarja Kaarina Halonen ([tar-ya ka-ri-na ha-lo-nén], lahir 24 Disember 1943) ialah seorang ahli politik dari Finland yang merupakan Presiden negara tersebut ke-11 (serta juga wanita pertama memegang jawatan tersebut) dari tahun 2000 sehingga 2012. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam mewakili Organisasi Pusat Kesatuan Perdagangan Finland, setiausaha parlimen Perdana Menteri Finland (1974-1975) dan anggota Dewan Kota Helsinki (1977-1996). Beliau merupakan ahli parlien dari Parti Demokrasi Sosial dari tahun 1979 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden pada tahun 2000.[4] Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Hal-Ehwal Sosial dan Kesihatan dari tahun 1987 sehingga 1990, Menteri Keadilan dari tahun 1990 hingga tahun 1991, dan Menteri Luar Negeri dari 1995 sehingga pemilihan beliau sebagai presiden Finland.
Halonen sangat digemari ketika memegang jawatan presiden itu dengan pungutan suara yang mencapai setinggi 88% pada bulan Disember 2003. Beliau dipilih semula pada tahun 2006 setelah mengalahkan calon Parti Campuran Nasional, Sauli Niinistö, dalam pusingan kedua dengan pungutan undian sebanyak 51 peratus. Beliau kehabisan penggal yang dibenarkan untuk jawatan presidennya pada tahun 2012, maka beliau pun meletakkan jawatannya yang diambil alih oleh Niinistö pada 1 Mac tahun tersebut.