Taro Aso | |
---|---|
Timbalan Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 26 Disember 2012 – 4 Oktober 2021 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe Yoshihide Suga |
Didahului oleh | Katsuya Okada |
Digantikan oleh | Tiada |
Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 24 September 2008 – 16 September 2009 | |
Raja | Akihito |
Didahului oleh | Yasuo Fukuda |
Digantikan oleh | Yukio Hatoyama |
Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2005 – 27 Ogos 2007 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi Shinzō Abe |
Didahului oleh | Nobutaka Machimura |
Digantikan oleh | Nobutaka Machimura |
Menteri Hal-Ehwal Dalaman dan Komunikasi | |
Dalam jawatan 22 September 2003 – 31 Oktober 2005 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi |
Didahului oleh | Toranosuke Katayama |
Digantikan oleh | Heizō Takenaka |
Menteri Ekonomi dan Polisi Kewangan | |
Dalam jawatan 23 Januari 2001 – 26 April 2001 | |
Perdana Menteri | Yoshirō Mori |
Didahului oleh | Fukushiro Nukaga |
Digantikan oleh | Heizō Takenaka |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Iizuka, wilayah Fukuoka | 20 September 1940
Parti politik | Parti Demokratik Liberal (LDP) |
Pasangan | Chikako Suzuki |
Pertalian | Lihat: Salasilah keluarga |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, ahli politik |
Laman web | Laman rasmi |
Tarō Asō (麻生 太郎 , Asō Tarō, lahir 20 September 1940) ialah seorang ahli politik dari Jepun yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan negara tersebut sehingga Oktober 2021. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun ke-94 dari September 2008 hingga September tahun yang berikutnya setelah beliau dikalahkan dalam pilihan raya umum Jepun pada Ogos tahun tersebut.
Beliau telah berkhidmat dalam Dewan Perwakilan Jepun sejak tahun 1979. Beliau merupakan Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri dari tahun 2005 hingga 2007, dan merupakan Setiausaha Am[1] Parti Liberal Demokrat (LDP) dalam tempih yang singkat pada 2007 dan 2008. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Presiden[1] parti tersebut dari tahun 2008 hingga 2009 di mana beliau digantikan oleh, Sadakazu Tanigaki pada 28 September 2009.