Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Tasik Beris

Fail:AaaDSC 1820.jpg

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000

Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah terdiri daripada beberapa buah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat di dalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar dan kampung batu seketul .Dalam kampung batu seketol sendiri terdapat kampung-kampung kecil seperti Kampung Perangin, Charuk Duri, Kampung Siam dan Kampung Bendang Lebai Man yang terletak di Mukim Sok , Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang. Sungai Beris mengalir dari sebelah kawasan Batu Seketol dan Kampung Paya, Manakala Sungai batang pula mengalir dari kawasan Sungai Batang. Disebelah ulu Sungai Batang terdapat sebatang sungai lagi yang di berinama Sungai Cokkong.Kawasan ulu sungai Batang dang Sungai Cokkong terdapat kawasan perkelahan air terjun seperti Lubuk Haji Mat Ali dan Perangin Jantan.


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image