Dalam morfologi linguistik, tasrif (Arab: تصريف taṣrīf, juga الصرف ṣaraf; dari صَرَّفَ ṣarrafa "mengubah, menukar"[1]) atau infleksi adalah proses pembentukan dan pengolahan perkataan[2] untuk menyatakan aspek-aspek berbeza dalam aturan sesebuah bahasa termasuk kala, fungsi, suara, tempoh perbuatan, pelaku, bilangan, jantina, modus, "tahap akal" (animacy) dan ketetapan.[3]
Ciri ini kurang didapati dalam bahasa Melayu namun boleh diperhatikan dalam pelbagai bahasa beraneka tahap termasuk bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sepanyol.