Hurikan kategori 5 major (SSHWS/NWS) | |
![]() Taufan Katrina hampir mencapai kekuatan puncak pada 28 Ogos, 2005 | |
Terbentuk | 23 Ogos, 2005 |
---|---|
Reda | 30 Ogos, 2005 |
Angin terkuat | 1 minit berterusan: 175 bpj (280 km/j) |
Tekanan terendah | 902 mbar (hPa); 26.64 inHg |
Kematian | 1,836 (sah)[1] |
Kerosakan | $81.2 bilion (2005 USD) (Taufan paling teruk dalam sejarah A.S) |
Kawasan terjejas | Bahamas, Florida Selatan, Cuba, Louisiana (terutamanya New Orleans Besar), Mississippi, Alabama, Florida Panhandle, kebanyakan timur Amerika Utara |
Sebahagian daripada Musim taufan Atlantik 2005 |
Taufan Katrina yang terjadi semasa musim taufan Atlantik 2005 adalah malapetaka semulajadi paling teruk yang dialami oleh Amerika Syarikat selain lima lagi taufan lain.[2] Berdasarkan kejadian taufan Atlantik yang direkodkan, Katrina merupakan taufan nombor enam terkuat. Sekurang-kurangnya 1,836 orang meninggal dunia semasa taufan melanda dan banjir selepasnya, menjadikan ia sebagai taufan paling teruk di Amerika Syarikat sejak Taufan Okeechobee 1928; jumlah kerosakkan harta dianggarkan pada AS$81 bilion (nilai dolar AS pada 2005),[2] hampir tiga kali ganda nilai kemusnahan harta yang diakibatkan oleh Taufan Andrew pada tahun 1992.[3]