Taur Matan Ruak | |
---|---|
![]() Potret rasmi, 2018 | |
Perdana Menteri Timor Leste ke-8 | |
Dalam jawatan 22 Jun 2018 – 1 Julai 2023 | |
Presiden | Francisco Guterres José Ramos-Horta |
Didahului oleh | Mari Alkatiri |
Digantikan oleh | Xanana Gusmão |
Presiden Timor Leste ke-5 | |
Dalam jawatan 19 Mei 2012 – 19 Mei 2017 | |
Perdana Menteri | Xanana Gusmão |
Didahului oleh | José Ramos-Horta |
Digantikan oleh | Francisco Guterres |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Baguia, Timor Portugis (kini Timor Leste) | 10 Oktober 1956
Parti politik | Bebas |
Perkhidmatan tentera | |
Tahun khidmat | 1975–2011 |
Pangkat | Mejar Jeneral |
Pangkalan | Sektor Ponta Leste Falintil Pasukan Pertahanan Timor Leste |
Perang/Pertempuran | Pendudukan Indonesia di Timor Timur |
José Maria Vasconcelos, lebih dikenali sebagai Taur Matan Ruak (bahasa Tetum: "Dua Mata Tajam") ialah ahli politik Timor-Leste yang berkhidmat sebagai perdana menteri negara tersebut dari 2018 hingga 2023 dan presiden Timor Leste dari 2012 hingga 2017. Beliau juga merupakan bekas Mejar Jeneral dan komander FALINTIL-Forças de Defesa de Timor-Leste (F-FDTL), Pasukan Pertahanan Timor Leste, sehingga 6 Oktober 2011. Sebelum berkhidmat dengan F-FDTL, beliau merupakan komander terakhir Angkatan Tentera Pembebeasan Kebangsaan Timor Timur atau Falintil (Forças Armadas para a Liberação Nacional do Timor Leste), tentera pemberontak yang menentang pendudukan pulau itu oleh Indonesia, dari 1975 hingga 1999.
Selepas meletak jawatan daripada tentera, Ruak menyertai pilihan raya presiden Mac-April 2012. Walaupun bertanding sebagai calon bebas, beliau mendapat sokongan parti kedua terbesar di negara itu, Kongres Nasional bagi Pembinaan Semula Timur Leste (CNRT) pimpinan Perdana Menteri Xanana Gusmao.[1] Beliau akhirnya menewaskan Francisco Guterres dalam pusingan kedua pada 16 April.[2]