Yang Berhormat Tuan Teh Kok Lim ADN | |
---|---|
郑国霖 | |
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Aulong | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Nga Kor Ming |
Majoriti | 14,857 (PRU-15) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Taiping, Perak | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nga Kor Ming |
Digantikan oleh | Wong Kah Woh |
Majoriti | 27,384 (PRU-14) |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Pokok Assam | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Yee Seu Kai |
Digantikan oleh | Leow Thye Yih |
Majoriti | 7,925 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Mac 1970 |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) Pakatan Rakyat (PR) |
Pasangan | Ng Sok Chin |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | Teh Kok Lim di Facebook |
YB Tuan Teh Kok Lim (Bahasa Cina: 郑国霖 ; pinyin: Zhèng Guólín) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan ADN Aulong. Beliau sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Taiping selama sepenggal (2018-2022) dan ADN Pokok Assam selama sepenggal (2013-2018).
Pada pilihan raya 2018, Teh terpilih sebagai ahli Parlimen Malaysia untuk kawasan Taiping, dengan memenangi 42,997 daripada 69,743 undi.[1]
Beliau dilahirkan pada 18 Mac 1970 di Taiping telah berkahwin dengan Ng Sok Chin. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.
Mendapat pendidikan tertinggi di Monash University, Melbourne Australia pada 1990 hingga 1992 selepas melanjutkan pengajian pra universiti di Trinity Grammar School, Melbourne pada tahun 1989.
Beliau kemudian memulakan kerjayanya sebagai Pengurus operasi dengan mengusahakan perniagaan keluarga iaitu Ramlitac Plastic Ind. Sdn Bhd sejak 1993.
Penglibatan dalam politik, beliau pernah menyandang ADUN Pokok Assam Perak selama sepenggal selepas menang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau juga dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Perak pada tahun 2010 dan menyandang jawatan Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Perak selama tiga tahun.
Kini, beliau dilantik Setiausaha Organisasi DAP Perak.
Pada PRU14, Kok Lim daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 42,997 undian ketika menentang Tan Keng Liang daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 15,613 undi. Majoriti undi sebanyak 27,384.
Kerjaya:
Jawatan dalam parti:
Pendidikan: